Laporan Januari - Kursus Asas ICT - Microsoft Word

Tarikh: 19 Januari 2018

Masa: 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor

Peserta:9 Orang

IMG 1844

Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Word.

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft  Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.

Aktiviti

Kelas Microsoft Word

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Word di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft Word. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Word.  Peserta di beri latihan untuk membuat folio menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari.