Kampung Lebor terletak 17.6 kilometer daripada Bandar Serian. Populasi penduduk kampung ni adalah berjumlah lebih dari 1144 orang dan terdapat lebih daripada 206 buah rumah. Kebanyakan masyarakat Kg Lebor adalah berbangsa Iban, terdapat Bangsa lain juga yang tinggal di kawasan ini antaranya ialah Melayu, Bidayuh dan Cina.

 

Peta Kg Lebor, Serian

Petunjuk

 

                                    1.0 : Peta Lokasi NADI Kg Lebor

                                             1.1 : Peta terletaknya Bandar Serian

 

Pentadbiran

2.1 Ahli Parlimen

 

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Portal Rasmi Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen bagi Bahagian Serian (P199) ialah Dato' Sri Richard Riot Anak Jaem merupakan ahli politik Malaysia dari parti Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Sumber daripada: www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3099

Sumber gambar daripada : https://www.parlimen.gov.my/ahli-dewan.html?parti=All&p=Sarawak&Filter=Show&uweb=dr 

2.2 Adun Kawasan



Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web Rasmi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Kampung Lebor adalah dibawah Dun N23 Bukit Semuja, yang di sandang oleh Yang Berhormat Encik John Ilus.

Sumber daripada : www.dun.sarawak.gov.my/upload/file-folder

Sumber gambar daripada : https://duns.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/150 

2.3 Pegawai Daerah

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Laman Web Rasmi Pentadbiran Bahagian Serian, Pegawai Daerah yang sedang berkhidmat di Pejabat Daerah Serian ialah En. Enting @ Inting anak Nyami.

Sumber daripada : https://serian.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/101/seriando

Sumber gambar daripada : https://serian.sarawak.gov.my/web/subpage/staffcontact_view/110