Kuih Jala

images-1

Kuih Jala ini merupakan salah satu kuih tradisional kaum Iban di Sarawak. Kuih Jala ini mempunyai nama yang berbeza kerana mengikut tempat di Sarawak. Sebagai contoh, nama kuih ini dipanggil Sarang Semut di bahagian daerah tertentu. Kuih Jala ini semestinya ada pada perayaan Hari Gawai. Kuih tersebut juga ada sewaktu perayaan Krismas mengikut daerah masyarakat Iban.

 

Ayam Pansuh

images

Ayam pansuh merupakan salah satu makanan yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Iban di Sarawak. Pencetus utama resepi ayam pansuh ni daripada masyarakat Iban. Makanan ini dimasak di dalam buluh dengan memasukkan bahan-bahan rempah dan dibakar mengikut kebesaran api. Lebih kurang 1jam sudah memadai ayam tersebut masak.

 

Air Tuak

download

Bahan - bahan untuk membuat Tuak terdiri daripada Nasi Pulut , Ranggi dan Gula serta tiada bahan kimia digunakan dan ianya adalah selamat dan lebih bersifat semulajadi mesra alam. Bagaimanapun Proses membuatnya adalah rumit sekali.

Tempoh masa untuk diperam adalah linkungan 3 bulan ke beberapa tahun. Lebih lama Tuak tersebut diperam maka lebih 'Jernih' serta 'Kuat' rasanya dan lebih 'bernilai' bagi masyarakat Dayak khasnya Masyarakat Iban.