Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Lebor terletak di dalam Kampung Lebor, Serian, Sarawak. NADI Kampung Lebor adalah salah satu daripada dua buah NADI yang terdapat di Jalan Gedong – Simpang Gedong. NADI Kampung Lebor terletak bersebelahan dengan Tabika Kemas, Padang Bola dan Perpustakaan Desa dan Gereja Katolik St. Peter, Kampung Lebor. NADI Kg Lebor mula dibina pada awal tahun 2013 dan telah beroperasi pada 17 DISEMBER 2014 dan dirasmikan oleh EN. Raymond Achen Kambeng Pemangku Pegawai Daerah Serian. NADI Kg Lebor di uruskan oleh 2 orang petugas.

Kampung Lebor mulai wujud sejak abad ke-15 lagi dimana diasaskan oleh seorang pengembara dari Kalimantan Barat, Indonesia. Semenjak dari abad ke 15 hingga sekarang ketua kampung adalah seramai 17 belas orang dan ketua kampung sekarang ialah TR Nilang anak Enjah. Jumlah pintu rumah yang terdapat di Kampung lebor pula ialah sebanyak 206 pintu rumah kesemuanya. Majoriti penduduk Kampung Lebor adalah berbangsa Iban.

Terdapat beberapa mitos yang melibatkan Kampung Lebor dan salah satu yang masih diperkatakan sehingga sekarang ialah dimana sekumpulan musuh ingin menyerang kampung lebor telah mengalami kejadian pelik dimana ketika singgah di puncak bukit Lebor mereka telah mengalami gatal-gatal disebabkan oleh sejenis daun pokok yang tidak diketahui namanya. Bila mengalami kejadian yang sedemikian rupa mereka mengambil keputusan untuk tidak menyerang Kampung Lebor kerana beranggapan bahawa jika daun pokok di Bukit Lebor sudah mampu menyakitkan mereka (Musuh) apatah lagi orang kampung Lebor itu sendiri.

         Dalam kampung ini juga terdapat satu lagi mitos yang cukup dikenali ramai di daerah Serian iaitu BUAYA TANAH yang asalnya tidak diketahui. Malah terdapat juga Mini Muzium di Kampung Lebor yang menyimpan segala khazanah seperti tengkorak dan tajau.