Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Lebor terletak di dalam Kampung Lebor, Serian, Sarawak. NADI Kampung Lebor adalah salah satu daripada dua buah NADI yang terdapat di Jalan Gedong – Simpang Gedong. NADI Kampung Lebor terletak bersebelahan dengan Tabika Kemas, Padang Bola dan Perpustakaan Desa dan Gereja Katolik St. Peter, Kampung Lebor. NADI Kg Lebor mula dibina pada awal tahun 2013 dan telah beroperasi pada 17 DISEMBER 2014 dan dirasmikan oleh EN. Raymond Achen Kambeng Pemangku Pegawai Daerah Serian. NADI Kg Lebor di uruskan oleh 2 orang petugas.