Laporan Januari - Kursus Asas ICT - Microsoft Excel
Tarikh: 20 Januari 2018
Masa: 9.30 petang - 11.30 petang
Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor
Peserta:9 Orang
Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Excel.
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft, kepada para peserta terutamanya Microsoft Excel. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Excel bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.
Aktiviti
Kelas Microsoft Excel
Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table, menggunakan fungsi seperti autu sum, average dan minus. Mereka begitu teruja selepas megusai ilmu tersebut.