Tujuan

Program ini dihadiri oleh 3 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran serta menerapkan nilai positif dalam diri peserta dalam penggunaan internet kepada kehidupan seharian

Aktiviti

Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas memberi ceramah berbentuk tayangan video iaitu berkaitan dengan ‘Oversharing’ serta menerangkan kepada para peserta mengenai kelebihan dalam menggunakan internet ke arah positif untuk mengelakkan penggunaan internet secara tidak sihat. Permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘Telefon Karat’ yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan juga terdapat dalam aktiviti ini.