LAPORAN SEPTEMBER
Tarikh | 11 September 2019 |
Masa | 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 9 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Word. Peserta mempelajari cara membuat risalah mengikut format yang betul. Mempelajari cara menukar tulisan, saiz tulisan, drop cap serta memasukkan imej. Peserta turut mempelajari cara penggunaan dashboard komuniti iaitu My Komuniti.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Lebor dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Microsoft Office Word kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat posting dalam My Komuniti.