Garis Panduan Senaman Yang Sesuai Untuk Warga Emas
- Perlu mendapatkan nasihat dari doktor sebelum melakukan senaman untuk mengelakkan kesan sampingan ketika bersenam.
- Senaman tersebut bolehlah dilakukan dengan perlahan-lahan mengikut kesesuaian dan keselesaan. Selepas itu, boleh tingkatkan sedikit demi sedikit.
- Yang penting, hendaklah mulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Kepentingan memanaskan badan ini ialah untuk mengelakkan rasa kesakitan selepas bersenam.
- Aktiviti menyejukkan badan seperti berjalan atau melakukan regangan boleh dilakukan.
- Sekiranya rasa pening, pening dan ketidakselesaan, boleh berhenti dengan serta merta.
- Ketika bersenam, hendaklah memakai pakaian yang bersesuaian, longgar dan selesa. Serta memakai kasut yang sesuaian juga.
- Sediakan minuman yang secukupnya.
WARGA EMAS & SENAMAN