LAPORAN JULAI 2020
Tarikh |
20 Julai 2020 |
Masa |
2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi |
Bilik Latihan PI Lebor |
Peserta |
6 Orang |
Tujuan
Tujuan kelas adalah untuk melatih kemahiran ICT dan meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Word. Peserta dalam masa yang sama dapat menerapkan semangat patriotik dan terhadap negeri sendiri.
Aktiviti
Aktiviti peserta adalah menaip tajuk poster, meletakkan gambar menggunakan clipart dan google search, menukar warna latar belakang dan lain-lain.
LAPORAN JULAI 2020
Tarikh |
10 Julai 2020 |
Masa |
2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi |
Bilik Latihan PI Lebor |
Peserta |
5 Orang |
Tujuan
Kelas ini untuk meningkatkan kemahiran ICT peserta. Kelas ini mendedahkan teknik penghasilan poster menggunakan aplikasi Picsart dan Instagram Story. Peserta juga dapat menambah pengetahuan dalam teknik asas dalam penyuntingan gambar seperti menambah perkataan pada poster dan menggunakan fungsi sedia ada dalam aplikasi tersebut. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan poster yang menarik.
Aktiviti
Aktiviti peserta adalah membuat poster menggunakan aplikasi Picsart dan Instagram Story. Memilih latar belakang yang bersesuaian pada poster. Menaipkan tajuk besar dan kata kunci yang berkaitan pada poster. Meletakkan fungsi yang ada pada aplikasi seperti centralize font, shadow dan menukar pelbagai jenis tulisan. Peserta meletakkan sticker untuk menambah tarikan pada poster.
LAPORAN MAC
Tarikh | 13 Mac 2020 |
Masa | 9.30 pg - 11.30 pg |
Lokasi | Bilik Latihan PI Lebor |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini untuk meningkatkan kemahiran ICT peserta dalam Ms Word. Kelas ini mendedahkan peserta fungsi-fungsi asas yang terdapat pada Ms Word seperti menukar style dan saiz tulis. Peserta juga dapat mengenali fungsi seperti underline, bold, italic, centralize dan justify. Peserta juga didedahkan cara untuk menaip dengan pantas.
Aktiviti
Aktiviti peserta adalah menaip petikan, menukarkan style dan saiz font. Peserta juga diarahkan untuk meletakkan bold dan meletakkan italic pada perkataan tertentu. Peserta juga diarah untuk meletakkan tajuk petikan kepada centalize dan isi petikan kepada justify.
LAPORAN JUN 2020
Tarikh | 20 Julai 2020 |
Masa | 2.00 ptg - 4.00 ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI Lebor |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini untuk meningkatkan kemahiran ICT peserta. Kelas ini mendedahkan pengetahuan asas teknik fotografi dan teknik asas penyuntingan seperti penggunaan filter. Kelas ini juga bertujuan untuk meningkatkan kreativiti peserta dalam menghasilkan gambar yang menarik dan mempromosikan kampung halaman.
Aktiviti
Antara aktiviti peserta adalah menangkap gambar yang menarik disekitar kampung/rumah mengikut panduan dan tips fotografi yang diberikan. Peserta meletakkan filter pada gambar dan crop gambar sekiranya perlu.
LAPORAN MAC
Tarikh | 11 Mac 2020 |
Masa | 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI Lebor |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan
Kelas ini untuk meningkatkan kemahiran ICT peserta dalam Ms Word. Kelas ini mendedahkan peserta cara untuk menggunakan Table, peserta turut didedahkan cara untuk resize/adjust table dan menambah/membuang baris Table. Peserta juga dapat mempelajari cara meletakkan gambar pada table menggunakan Clipart. Peserta juga dapat mempelajari cara untuk menukar Tables dan Picture styles.
Aktiviti
Aktiviti peserta adalah meletak Table pada word. Resize table, menambah dan membuang baris Table. Meletakkan gambar pada table. Peserta juga menukar design table dan gambar.