Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas keusahawanan dan mempelajari cara membuat origami mengikut panduan youtube. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan laman web youtube sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam keusahawanan.

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan aktiviti yang bakal dilakukan.Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Web iaitu Youtube. Selain itu, peserta mempelajari kemahiran keusahawanan membuat origami secara individu.

Gambar ada disini


 

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Dashboard Komuniti. Peserta mempelajari cara menghantar aduan ataupun sebarang cadangan kepada pihak PI. Peserta diperkenalkan dengan Modul My Komuniti dengan lebih terperinci lagi berdasarkan panduan slaid pembentangan yang disediakan oleh petugas PI Lebor supaya mereka lebih cepat faham.

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan bagaimana untuk upload gambar dan membuat content pada ruangan My Komuniti. Aktiviti ini adalah merupakan syarat yanag harus dipatuhi peserta dalam Peraduan Selfie yang sedang berlangsung sekarang & akan tamat pada 30 Oktober 2019.

Gambar ada disini


 

Tarikh 7 Oktober 2019
Masa 2.30 ptg-4.30ptg
Lokasi Bilik Latihan PI1M Kampung Lebor
Peserta 6

 

Tujuan

Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI Kg Lebor. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer serta menambah keahlian PI sedia ada.

Aktiviti

Petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Latihan menaip sajak. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk menggunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.

Gambar ada disini