Tarikh | 12 Julaii 2019 |
Masa | 2.00 petang - 5.00 Petang |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | Pelajar |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PIM. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PIM Kg Lebor. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer serta menambah keahlian PI sedia ada.
Aktiviti
Pelajar petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk menggunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.
Tarikh | 21 Jun 2019 |
Masa | 2.00 ptg-5.00ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI1M Kampung Lebor |
Peserta | 9 |
Tujuan
Program ini dihadiri oleh 3 orang peserta dari pelajar sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran serta menerapkan nilai positif dalam diri peserta dalam penggunaan internet kepada kehidupan seharian
Aktiviti
Melalui aktiviti yang berlangsung selama dua jam ini, petugas memberi ceramah berbentuk tayangan video iaitu berkaitan dengan ‘Oversharing’ serta menerangkan kepada para peserta mengenai kelebihan dalam menggunakan internet ke arah positif untuk mengelakkan penggunaan internet secara tidak sihat. Permainan Klik Dengan Bijak iaitu ‘Telefon Karat’ yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan juga terdapat dalam aktiviti ini.
Tarikh | 15 Jun 2019 |
Masa | 2.00 ptg-5.00ptg |
Lokasi | Bilik Training PI Kg Lebor |
Peserta | 10 Orang |
Tujuan
Mendedahkan kepada para pelajar tentang kesan negatif buli siber kepada masyarakat masa kini
Aktiviti
Para pelajar didedahkan dengan video & ceramah berkaitan buli siber.
Tarikh | 20 Jun 2019 |
Masa | 2.00 ptg-5.00ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI1M Kampung Lebor |
Peserta | 9 |
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberikan ilmu baru kepada peserta dalam membuat "word search" dan membina kemahiran berfikir untuk mencari sukukata
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah peserta diberikan taklimat mengenai Word search Online dan menggunakan laman untuk praktik
Tarikh | 15 Mei 2019 |
Masa | 2.00 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI Kg Lebor |
Peserta | 8 |
Tujuan
Meningkatkan keahlian PI. Peserta mengetahui kewujudan PI dan pelbagai aktiviti yang diadakan di PI. Meningkatkan kemahiran mengunakan komputer dan menambah pengetahuan ketika membeli secara atas talian. Mendedahkan pentingnya mengetahui cara menggunakan Microsoft Word. Menambah pengetahuan dalam melayari internet.
Aktiviti
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft Office kepada para peserta terutamanya Microsoft Word. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Office bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas.
Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak bagaimana membeli secara atas talian dengan lebih berhati-hati. Ini kerana banyak penipuan siber berlaku dan para penjual mengambil kesempatan dengan menipu pengguna. Jadi, para pengguna akan lebih bijak membeli dengan adanya pengetahuan sebelum membeli barang secara online.