LAPORAN SEPTEMBER
Tarikh | 19 September 2018 |
Masa | 2.00 ptg-5.00ptg |
Lokasi | Bilik Latihan PI1M Kampung Lebor |
Peserta | 9 |
Tujuan
Mempromosikan aktiviti di PI yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PIM Kg Lebor. Menambah kefahaman peserta dalam menggunakan perisian komputer serta menambah keahlian PI sedia ada.
Aktiviti
Pelajar petugas menerangkan kepada peserta bagaimana menggunakan Microsoft Office Word. Latihan menaip sajak. Para peserta mengikuti arahan yang diberikan. Petugas menerangkan fungsi papan kekunci bagi memudahkan para peserta menaip. Para peserta memahami cara untuk menggunakan perisian tersebut. Seterusnya peserta melaksanakan latihan menaip yang diberikan untuk menguji tahap kefahaman mereka dan kepantasan mereka dalam menaip.
LAPORAN SEPTEMBER
Tarikh | 12 September 2019 |
Masa | 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 9 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari asas pembangunan laman web dan diperkenalkan dengan permainan pendidikan yang menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta dalam menyelesaikan puzzle. Melatih peserta menyelesaikan permainan puzzle secara online dengan cepat.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kg Lebor dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Multimedia kepada peserta bagi penambahan pengetahuan ICT para peserta. Peserta dipandu cara membuat video oleh Petugas PI Lebor.
LAPORAN SEPTEMBER
Tarikh | 2 September 2019 |
Masa | 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan keselamatan penggunaan internet para peserta serta memberi tips keselamatan penggunaan internet kepada peserta. Peserta akan lebih bijak ketika menggunakan internet. Memberi kesedaran kepada pengguna supaya berwaspada ketika berkongsi sesuatu maklumat. Tidak semua perkara perlu dikongsi jika tidak pasti kesasihan maklumat tersebut.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan oleh petugas berkenaan klik dengan bijak iaitu Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta menyaksikan tayangan video KDB seperti yang disyorkan oleh SKMM bagi menjadikan peserta pengguna internet yang bijak. Petugas menasihati peserta supaya menggunakan internet dengan berhemah dan memastikan maklumat yang diterima adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Sesi soal jawab antara petugas dan peserta turut dijalankan.
LAPORAN SEPTEMBER
Tarikh | 11 September 2019 |
Masa | 2.30 ptg - 4.30 ptg |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 9 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan Microsoft Office Word. Peserta mempelajari cara membuat risalah mengikut format yang betul. Mempelajari cara menukar tulisan, saiz tulisan, drop cap serta memasukkan imej. Peserta turut mempelajari cara penggunaan dashboard komuniti iaitu My Komuniti.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Lebor dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Microsoft Office Word kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari cara membuat posting dalam My Komuniti.
Tarikh | 12 September 2019 |
Masa | 9.00 pg - 10.30 pagi |
Lokasi | PI Kg Lebor |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan
Meningkatkan kemahiran ICT para peserta terutamanya dalam penggunaan komputer. Peserta mempelajari cara membuat origami mengikut panduan youtube. Meningkatkan pengetahuan para peserta dalam penggunaan laman web youtube sekaligus meningkatkan kemahiran para peserta dalam keusahawanan.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli PI Kampung Lebor dan aktiviti yang bakal diadakan di PI pada masa akan datang. Peserta diberi pendedahan asas komputer dan pengenalan Web iaitu Youtube kepada peserta. Selain itu, peserta mempelajari kemahiran keusahawanan membuat origami secara individu.