Laporan Febuari - Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK Bahagian Serian

Tarikh: 6 Mac 2018

Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor

Peserta:11 Orang

28782979 1574209896033986 3214048736267206656 n

28576166 1574209842700658 16300350076092416 n

Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK  Bahagian Serian (PI1M Kg Lebor) ini adalah program kerjasama dengan pihak Residen Daerah Serian

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan asas untuk menaip kepada pada peserta JKKK.

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan mengenai Microsoft Word.Mereka diminta untuk membuat latihan asas sebagai pengenalan.

Selepas itu barulah mereka diperkenalkan tujuan sebenar bengkel ini diadakan, Setiap para peserta diberi setiap komputer untuk membuat latihan.

Sesi soal jawab juga diadakan dihujung bengkel. 

 

Laporan Febuari - Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK Bahagian Serian

Tarikh: 2 Mac 2018

Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Tebedu

Peserta:4 Orang

28872001 1572617032859939 6794850356347011072 n

Bengkel Pemerkasaan ICT JKKK  Bahagian Serian (PI1M Kg Tebedu) ini adalah program kerjasama dengan pihak Residen Daerah Serian

 

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan asas untuk menaip kepada pada peserta JKKK.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan mengenai Microsoft Word.Mereka diminta untuk membuat latihan asas sebagai pengenalan.

Selepas itu barulah mereka diperkenalkan tujuan sebenar bengkel ini diadakan, Setiap para peserta diberi setiap komputer untuk membuat latihan.

Sesi soal jawab juga diadakan dihujung bengkel. 

 

Laporan Febuari - Pengenalan Asas Internet 

Tarikh: 5 Februari 2018

Masa: 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor

Peserta:5 Orang

 

Latihan menggunakan internet secara bijak sebagai sumber untuk membuat ulangkaji pelajaran

Tujuan

Melatih peserta menggunakan internet dengan aktiviti yang berfaedah dan membuat ulangkaji pelajaran. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Kg Lebor. Mempromosi aktiviti PI1M dan menambah keahlian PI1M sedia ada.

Aktiviti

Peserta diajar cara membuka internet dengan "browser CHROME". Membuka laman web yang memberi info berkenaan ilmu yang telah mereka pelajari di sekolah

Laporan Febuari - Latihan Mewarna Online

Tarikh: 7 Februari 2018

Masa: 2.30 petang - 4.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor

Peserta:6 Orang

IMG 1831

 

Peserta diajar bagaimana membuka laman web mewarna secara online iaituwww.coloringpages4u.com bagi memulakan aktiviti.

Tujuan

Memupuk kemahiran penguasaan komputer. Meningkatkan tahap penguasaan & mendedahkan pelajar permainan pendidikan di atas talian. Mempromosikan aktiviti di PI1M yang bakal diadakan kepada peserta. Memupuk minat peserta agar sentiasa mengikuti kelas di PI1M. Memberi pendedahan terhadap kewujudan PI1M Kg Lebor serta menambah keahlian PI1M sedia ada. Menguji kemahiran dan daya kreativiti peserta dalam memilih warna yang sesuai dipadankan dengan sesuatu objek.

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka laman web yang disediakan oleh petugas. Selepas itu, mereka diajar bagaimana menggunakan aplikasi tersebut dengan cara yang betul untuk menghasilkan satu warna lukisan yang menarik. Seterusnya peserta melaksanakan aktiviti tersebut mengikut tema yang telah dipilih.Peserta akan diberi perluang untuk membuat latihan mewarna 3 kali setiap seorang.

Laporan Januari - Kursus Asas ICT - Microsoft Excel

Tarikh: 20 Januari 2018

Masa: 9.30 petang - 11.30 petang

Lokasi: Bilik Latihan PI1M Kg Lebor

Peserta:9 Orang

IMG 1867

Memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai kegunaan / fungsi dan cara menggunakan Microsoft Excel.

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Microsoft, kepada para peserta terutamanya Microsoft Excel. Para peserta diperkenalkan cara untuk menggunakan Microsoft Excel bermula daripada mula-mula lagi. Selepas habis setiap kelas, para peserta akan diberikan latihan untuk melihat sejauh mana mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Peserta juga diberi ceramah mengenai klik dengan bijak dan laman web dashboard komuniti.Selepas mengikuti ceramah peserta diadakan kuiz bagi menguji tahap kefahaman mereka.

Aktiviti

Kelas Microsoft Excel

Peserta diberitahu kaedah untuk membuka perisian Microsoft Excel di dalam komputer dan diperkenalkan dengan Microsoft excel. Peserta akan diterangkan fungsi Microsoft Excel. Peserta dipandu cara untuk menggunakan table,  menggunakan fungsi seperti autu sum, average dan minus. Mereka begitu teruja selepas megusai ilmu tersebut.